Saturday, January 28, 2006

Bunga dalam Quran

Hanya lima zuriatnya yang lahir daripada hubungan yang sah. Dia memang gila dan meminati gadis-gadis cantik—tak ubah seperti ramai penulis dan seniman di negara ini, dalam sekian garis waktu. Tidak seperti ‘sewajarnya’ kepada bangsa Eropah; mereka tidak mengaku.

Tidak seperti Robert Burns, yang gigih bertahan dengan segala cemoh. Dari cemoh ia bangun… “humaniti Burns” itu pun menjalar keluar garis geografi negara dan bangsanya. ‘Statues’ lelaki ini sampai dibangunkan orang di Amerika Utara; di tempat yang ribuan batu jauh daripada tanah asalnya.Menurut cerita; laki-laki ini terdorong oleh dua bahan baca seawal kanak-kanak. Satu; karya-karya William Shakespeare. Dan satu lagi ialah Al-Kitab.

Burns adalah daripada keluarga kelas bawah: orang tuanya, William Burness dan si ibu, Agnes Broun adalah pemajak dusun yang miskin. Robert Burns anak sulong daripada tujuh beradik. Dia bukan sahaja menulis, tetapi selepas kematian si bapa, di tanah dusun itu, dia sibuk bercucuk tanam; memelihara adik-adik yang perlu didewasakan.

Catatan Buddhi Hekayat 'Kebebasan dengan Whisky' (27 Januari 2006)

Paris, awal 1960-an; "Blues" Road, musim panas…

Moise, seorang anak Yahudi yang umurnya baru melewati 16 tahun. Dia dipanggil dengan nama “Momo”, dan mahu sekali mencuba seks buat julung kali. Dia belum punya kekasih—dan sang ayah yang tak tentu hidupnya; yang membenci musik rhythm dan blues. Dengan latar irama rancak sezaman seakan-akan menjadi platform untuk “pemberontakan” yang berlangsung sekira-kira sepuluh tahun kemudian di kalangan anak-anak mahasiswa dalam apa yang dikenali sebagai “new left movement.”

Anak ini murung, pendiam, dan terlupa untuk senyum; dia hadir daripada keluarga yang pecah. Ibunya tidak pernah dia temukan sejak lahir, dan bapanya, yang tiap hari akan keluar rumah dini. Pulang lewat. Mereka punya ruang bercakap-cakap hanya di dekat meja makan, dan Momo, setiap malam, menghidang masakan. Anak ini tidak punya teman, melainkan angan-angan.

Catatan Buddhi Hekayat 'Bunga dalam Quran' (27 Januari 2006)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home